Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank OCBC lancar khidmat online percuma tulis wasiat

Rakyat dan penduduk Singapura kini boleh menggunakan khidmat dalam talian percuma oleh OCBC Bank untuk menulis sendiri wasiat dalam masa sesingkat 10 minit, menurut bank itu pada Khamis (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bank OCBC lancar khidmat online percuma tulis wasiat

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 02:37PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 02:39PM

SINGAPURA: Rakyat dan penduduk Singapura kini boleh menggunakan khidmat dalam talian percuma oleh OCBC Bank untuk menulis sendiri wasiat dalam masa sesingkat 10 minit, menurut bank itu pada Khamis (27 Dis).

OCBC Online Will Generator dihasilkan oleh OCBC sebagai sebahagian daripada program Silver Years yang memberi tumpuan kepada mereka yang berusia 55 tahun ke atas.

Ketua Khidmat Kewangan Pengguna Bank OCBC, Dennis Tan berkata: "Kami melihat laporan-laporan berita bahawa orang ramai keberatan untuk menulis wasiat kerana mereka bimbang tentang kerumitan dan kos terlibat.

"Kami mahu mengubah semua itu dengan menjadikan proses online yang leceh dan mahal kepada pengalaman yang mudah dan percuma bagi semua, terutama bagi warga generasi perintis kita."

Buat masa ini tiada peruntukan undang-undang di Singapura yang menyatakan bahawa wasiat mesti disiapkan atau disaksikan oleh seorang peguam.

Bagi sesuatu wasiat untuk dianggap sah, penulisnya mestilah berusia 21 tahun ke atas dan berfikiran tenang dan waras. Wasiat juga perlu ditandatangani di depan dua orang saksi. Saksi-saksi ini tidak boleh dinamakan sebagai penerima/benefisiari di dalam wasiat tersebut.

Apabila menggunakan Online Will Generator, pengguna akan diminta untuk melantik seorang wasi yang akan memastikan wasiat itu dilaksanakan seperti yang dinyatakan. Pengguna kemudian akan menyenaraikan benefisiari dan memperuntukkan aset-aset yang akan diwasiatkan kepada mereka.

Pengguna juga akan diberi pilihan untuk menetapkan arahan bagi upacara pengebumian atau aturan lain selepas meninggal dunia.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan