Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank CIMB S'pura lancar insurans bagi kucing, anjing

Bank CIMB Singapura melancarkan satu lagi pelan insurans haiwan peliharaan di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bank CIMB S'pura lancar insurans bagi kucing, anjing

Gambar fail seekor kucing terbiar. (Gambar: Khaled Desouki/AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 07:22PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 07:24PM

SINGAPURA: Bank CIMB Singapura melancarkan satu lagi pelan insurans haiwan peliharaan di sini.

Pelan insurans My Paw Pal, ditaja jamin oleh Sompo Insurance Singapore, merangkumi perbelanjaan perubatan dan kos membakar atau mengebumikan bangkai haiwan.

Pelan asas berharga S$74.90 setahun dan menawarkan perlindungan bagi kematian akibat kemalangan dan perbelanjaan perubatan serta pembakaran atau pengebumian akibat kemalangan.

Ia juga merangkumi tanggungan pihak ketiga (third party liability) seperti kecederaan dan kerosakan harta benda.

Pemilik juga boleh membeli dua perlindungan tambahan: bagi kehilangan anjing akibat penculikan pada harga S$32.10 setahun, dan bagi perbelanjaan perubatan dan penyemadian akibat penyakit pada harga S$321 setahun.

Hanya haiwan bermikrocip dan berdaftar yang berusia antara 12 minggu hingga tujuh tahun, layak bagi perlindungan insurans ini.

Haiwan yang disimpan bagi tujuan pembiakan serta anjing bekerja, seperti anjing pemandu, tidak layak bagi perlindungan ini.

CIMB sebenarnya bukanlah syarikat pertama untuk menawarkan insurans haiwan peliharaan di Singapura.

Liberty Insurance sudahpun menawarkan pelan PetCare yang antara lain merangkumi kemalangan, perbelanjaan perubatan dan pencurian. Harga premiumnya adalah antara S$350 hingga S$750.

MSIG Insurance pula menawarkan polisi Happy Tails bagi anjing dan kucing, manakala AIA Singapore menawarkan PawSafe bagi anjing.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan