Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir kilat di Yishun, Mandai Road akibat hujan lebat

Hujan lebat hari ini (18 Nov) menyebabkan banjir kilat di Yishun dan Mandai Road, menurut agensi air negara PUB.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di Yishun, Mandai Road akibat hujan lebat

Gambar: ktLatif/Facebook

Diterbitkan : 18 Nov 2017 10:43PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:51PM

SINGAPURA: Hujan lebat hari ini (18 Nov) menyebabkan banjir kilat di Yishun dan Mandai Road, menurut agensi air negara PUB.

Agensi itu memberi amaran dalam satu catatan Facebook sekitar 4.45 petang bahawa paras air di Yishun Avenue 2, Yishun Avenue 5 dan Mandai Road sudah meningkat dan “berisiko dilanda banjir”.

Sebahagian roda kenderaan ditenggelami air di sebuah tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun seperti yang dapat dilihat dalam video berikut yang dimuat naik oleh Channel NewsAsia dari Johan Fayd Kamal Doral.


Hujan lebat melanda banyak kawasan di Singapura petang tadi.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudahpun mengeluarkan amaran tentang hujan lebat sekitar 4.15 petang tadi dengan hujan beserta guruh dan angin kecang diramalkan di beberapa kawasan.

Disebabkan hujan lebat, beberapa kemalangan turut dilaporkan, termasuk satu insiden di Sembawang Road sekitar 4.55 petang.

Dua orang dibawa ke Hospital Khoo Teck Phuat, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan