Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir kilat dekat Orchard Road, paras air setinggi roda kereta

Banjir kilat melanda Kramat Lane, berdekatan Orchard Road dan Somerset Road hari ini (26 Mei), menurut agensi air kebangsaan PUB dalam satu catatan Twitter.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat dekat Orchard Road, paras air setinggi roda kereta

Banjir kilat di Kramat Lane. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Diterbitkan : 26 May 2018 06:30PM Dikemas Kini : 26 May 2018 06:33PM

SINGAPURA: Banjir kilat melanda Kramat Lane, berdekatan Orchard Road dan Somerset Road hari ini (26 Mei), menurut agensi air kebangsaan PUB dalam satu catatan Twitter.

Gambar-gambar yang dikongsi secara online menunjukkan roda kenderaan-kenderaan tenggelam dalam air keruh di Kramat Lane.

Pada 3.45 petang tadi, PUB mengumumkan di Twitter bahawa banjir kilat menjejas kedua-dua laluan di Kramat Lane. Oleh itu, ia menasihati orang ramai untuk mengelakkan kawasan berkenaan.

Kemudian, pada 4.00 petang pula, PUB memuat naik catatan di Twitter, menyatakan bahawa banjir itu sudah mula surut dan kenderaan boleh bergerak lalu.

Awal pagi tadi, PUB sudahpun menyatakan bahawa hujan lebat dijangkakan antara 3.25 petang dengan 4.00 petang di kawasan selatan dan barat Singapura. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan