Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunkan kemahiran pelbagai bidang bantu kekal relevan

Industri sains yang tidak menentu dan pesat berubah kian membimbangkan para karyawan dalam bidang tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Industri sains yang tidak menentu dan pesat berubah kian membimbangkan para karyawan dalam bidang tersebut.

Namun adalah penting untuk sentiasa menyesuaikan diri serta meningkatkan ilmu dalam kemahiran lain bagi meneruskan kerjaya dalam jurusan mencabar itu.

Panelis perbincangan dan Penghubung Sains Perubatan Dr Filza Aslam menarik perhatian bahawa kuncinya adalah untuk membina set kemahiran yang berguna bagi masa hadapan.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam 10 tahun akan datang. Sebab itu kita perlu membangunkan set kemahiran supaya ia boleh dipindahkan dari satu bidang ke bidang lain," kata Dr Filza, sempena Sidang Kerjaya Peringkat Tinggi bagi jurusan Sains Alami hari ini.

Turut akur dengan perkongsian tersebut ialah Dr Asyifah Rashid, Penolong Pengarah, Divisyen Tenaga di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Ilmu yang ditimba, kata Dr Asyifah, harus sentiasa dipertingkat supaya dapat menambah nilai dan menjadikan seseorang individu itu relevan dalam pertubuhannya.

Malah beliau mengalu-alukan sesi perkongsian sebegitu yang mendampingi para karyawan sains dengan para pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka di universiti.

Dr Asyifah memberi pendapat: "Ini adalah satu acara di mana kami sebagai para profesional juga dapat bekerjasama dan berganding bahu supaya kita juga dapat memberikan sebagai satu inspirasi dengan berkongsi pengalaman kita kepada masyarakat kita supaya anak-anak Melayu/Islam akan sentiasa maju ke hadapan."

Penuntut Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Kejuruteraan Bioperubatan, Muhd Muslimin Mohd Samat, berkongsi: "Sesi ini mengajar saya untuk berfikiran terbuka dan jangan takut untuk menceburi bidang lain dan harus sukakan apa yang anda lakukan sekarang supaya tidak membebankan diri sendiri."

Seorang lagi peserta sidang, penuntut NUS dalam jurusan Sains Hayat, Nur Nadiah Ismail berkata: "Ia telah membuka minda saya kepada peluang-peluang yang terdapat di luar sana, justeru saya telah dapat mempelajari langkah-langkah yang harus diambil agar saya dapat mencapai kerjaya yang saya ingini."

Sesi bagi jurusan Sains Alami itu diadakan sempena minggu kedua Sidang Kerjaya Peringkat Tinggi dan dihadiri lebih 60 peserta.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan