Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunkan bakat sedia global, tingkatkan FTA - Chan Chun Sing

Singapura perlu kekal terhubung dengan dunia supaya ia dapat bersiap sedia memanfaatkan pertumbuhan seterusnya, dan salah satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan mempertingkatkan bakat tempatan dengan pengetahuan dan selok-belok pasaran luar negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2019 04:21PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 12:17AM

SINGAPURA: Singapura perlu kekal terhubung dengan dunia supaya ia dapat bersiap sedia memanfaatkan pertumbuhan seterusnya, dan salah satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan mempertingkatkan bakat tempatan dengan pengetahuan dan selok-belok pasaran luar negara bagi membantu syarikat-syarikat menembusi pasaran antarabangsa. Ini menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Isnin (4 Feb).

Lebih 50 peratus syarikat tempatan mengalami kesukaran untuk menembusi pasaran antarabangsa disebabkan oleh kekurangan bakat yang sesuai bagi operasi luar negara, menurut Encik Chan.

"Bagi menangani perkara ini, kita perlu membangunkan satu saluran bagi mencungkil bakat tempatan yang mempunyai pengetahuan tentang pasaran untuk mengenal pasti peluang-peluang pertumbuhan dan mengharungi cabaran-cabaran dalam pasaran luar negara," menurut Encik Chan semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya.

Program Bakat Global - yang membantu syarikat-syarikat untuk membiayai latihan amali di luar negara dan program pelatih pengurusan bersekutu - bermatlamat untuk merapatkan jurang tersebut, menurut Encik Chan semasa menyentuh tentang inisiatif baru yang diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa membentangkan kenyataan Belanjawan 2019.

Dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini, inisiatiif baru itu akan ditadbir oleh Enterprise Singapore, yang akan menggabungkan skim-skim sedia ada seperti Program Bakat SME.

"Kami akan menumpukan perhatian kepada Asia Tenggara, China dan India. Singapore Enterprise boleh menerima sokongan dana sehingga 70 peratus bagi elaun atau gaji para peserta," menurut menteri itu.

Bagi para pelajar daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti tempatan yang merancang untuk menjalani latihan amali di luar negara dengan firma-firma Singapura, Enterprise Singapore dan institusi-institusi pengajian tinggi akan membiayai elaun perjalanan dan elaun sara hidup, menurut MTI.

Enterprise Singapore juga akan membiayai sehingga 70 peratus gaji bulanan para pelajar.

Selain latihan amali, program tersebut juga menyokong firma-firma tempatan untuk menghantar para pekerja muda ke luar negara. Para pekerja ini, sama ada para graduan atau pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja kurang tiga tahun, mesti dihantar ke luar negara sekurang-kurangnya selama setahun.

Syarikat-syarikat tempatan yang layak boleh mendapatkan dana sehingga 70 peratus bagi kos kelayakan, dihadkan kepada S$50,000 setiap pelatih pengurusan setiap tahun. 

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan