Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan Perubatan Kecemasan baru SGH setinggi 12 tingkat, sediakan khidmat A&E

Hospital Besar Singapura (SGH) akan mempunyai Bangunan Perubatan Kecemasan yang baru untuk menampung permintaan bertambah bagi khidmat A&E.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Apr 2018 06:10PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 12:27AM

SINGAPURA: Hospital Besar Singapura (SGH) akan mempunyai Bangunan Perubatan Kecemasan yang baru untuk menampung permintaan bertambah bagi khidmat A&E.

Bangunan baru itu yang empat kali lebih besar daripada yang ada sekarang, akan siap menjelang 2023.

Sejak dibuka pada 1977, jumlah pesakit yang diuruskan Jabatan Kecemasan SGH meningkat dua kali ganda.

Antara sebab utamanya - lebih ramai pesakit warga tua mengalami masalah seperti angin ahmar, penyakit jantung dan barah.

Maka itu bangunan baru 12 tingkat direka untuk menampung permintaan bagi khidmat A&E yang berubah.

Bangunan baru bertempat di dalam kampus SGH di sepanjang Jalan Bukit Merah. Ia dihubungkan terus ke kompleks hospital utama serta pusat-pusat spesialis lain.

Unit Perubatan Akut (AMU) serta beberapa kemudahan dan khidmat akan juga diperluas bagi meningkatkan keupayaan SGH dalam menangani penularan penyakit misalnya serta insiden-insiden yang melibatkan sejumlah besar mangsa.

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan