Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan di MacPherson terbakar; wanita dikejarkan ke hospital

Seorang wanita sudah dibawa ke hospital setelah satu kebakaran berlaku di 16 Jalan Mesin, di MacPherson pada pagi Jumaat (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2018 10:59AM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 11:01PM

SINGAPURA: Seorang wanita sudah dibawa ke hospital setelah satu kebakaran berlaku di 16 Jalan Mesin, di MacPherson pada pagi Jumaat (21 Dis).

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pihaknya memberi respons kepada insiden tersebut pada sekitar 9.20 pagi.

"Semasa SCDF tiba di tempat kejadian, kebakaran itu dapat dilihat pada tingkat bawah sebuah bangunan. Buat masa ini, SCDF sedang mencuba memadamkan kebakaran menggunakan enam jet air," menurut catatan Facebook SCDF.

Gambar-gambar dan rakaman video yang dikirimkan oleh pembaca Mediacorp Encik Raymond Wee menunjukkan kepulan asap tebal di tempat kejadian. "Kami ternampak (kebakaran itu) akibat letupan kuat pada sekitar 9.30 pagi," katanya sambil menambah bahawa terdapat dua lagi letupan.

(Gambar: Raymond Wee)

(Gambar: Raymond Wee)

Pengguna Twitter @owais_zahid turut memuat naik rakaman video menunjukkan asap tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan