Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bandar-bandar perlu fikirkan semula strategi pembiayaan, kata Lawrence Wong

Kebanyakan bandar berkongsi cabaran yang sama dalam mengumpul dana untuk projek-projek infrastruktur dan perlu memikirkan semula strategi pembiayaannya, menurut Menteri Lawrence Wong.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jul 2018 08:29PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 09:02PM

SINGAPURA: Kebanyakan bandar berkongsi cabaran yang sama dalam mengumpul dana untuk projek-projek infrastruktur dan perlu memikirkan semula strategi pembiayaannya.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong yang berucap di Sidang Puncak Bandar-Bandar Sedunia Ke-9 pada Ahad (8 Jul).

Beliau menambah, Asia dianggarkan memerlukan S$52 trilion bagi pelaburan infrastruktur antara sekarang hingga 2040.

Encik Wong berucap di Forum Datuk-Datuk Bandar, satu wadah bagi para pemimpin itu membincangkan cabaran-cabaran dan berkongsi amalan terbaik mereka.

Seramai 160 pemimpin dari 155 bandar menyertai forum tahun ini, bilangan yang paling ramai.

Ia memberi tumpuan terhadap bagaimana bandar-bandar boleh menerima dan menyesuaikan diri dengan gangguan inovasi serta cara untuk menarik pembiayaan bagi projek-projek infrastruktur.

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan