Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Balu mantan Presiden S'pura Wee Kim Wee, meninggal dunia

Balu mantan Presiden Singapura yang keempat, mendiang Wee Kim Wee, meninggal dunia pada Sabtu(7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Balu mantan Presiden S'pura Wee Kim Wee, meninggal dunia

Gambar fail mendiang Presiden Wee Kim Wee dan Puan Wee (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Jul 2018 02:41PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 02:43PM

SINGAPURA: Balu mantan Presiden Singapura yang keempat, mendiang Wee Kim Wee, meninggal dunia pada Sabtu(7 Jul).

Menurut anaknya yang memberitahu akhbar the Straits Times, Puan Wee mengalami masalah pernafasan pada Jumaat, yang berlarutan hingga keesokan harinya. Mendiang dibawa ke Hospital Besar Changi pada Sabtu malam namun tidak dapat disedarkan.

Dilahirkan sebagai Koh Sok Hiong, Puan Wee berasal dari keturunan Peranakan.

Dalam satu catatan di Facebooknya hari ini, Presiden Halimah Yacob berkata beliau berserta suami amat sedih apabila mendapat tahu tentang pemergian Puan Wee, dan mengutuskan salam takziah kepada keluarga mendiang.

Puan Halimah menyifatkan Puan Wee sebagai seorang srikandi dalam sejarah Singapura, yang sudah berkhidmat dengan lemah lembut dan berwibawa kepada rakyat.

Mendiang juga seorang penyokong kuat pendidikan dan menyediakan peluang bagi kanak-kanak dan belia yang kurang bernasib baik. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan