Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Balu didesak jual rumah atas alasan faraid

 Hukum faraid sering dijadikan alasan untuk mendesak agar rumah yang ada dijual. Namun seorang isteri yang kematian suami awal tahun ini, terselamat daripada dilema itu setelah Jawatankuasa Fatwa MUIS mengumumkan satu semakan terhadap fatwa mengenai pemilikan rumah. 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hukum faraid sering dijadikan alasan untuk mendesak agar rumah yang ada dijual.

Namun seorang isteri yang kematian suami awal tahun ini, terselamat daripada dilema itu setelah Jawatankuasa Fatwa MUIS mengumumkan satu semakan terhadap fatwa mengenai pemilikan rumah.

Cik Salinah (bukan nama sebenar) hampir-hampir terpaksa menjual rumahnya setelah suaminya meninggal dunia.

Beliau tiada cahaya mata semasa berkongsi hidup bersama Allahyarham suaminya.

Namun demikian beliau mempunyai lima anak tiri - iaitu anak-anak suaminya daripada perkahwinan sebelum ini.

Menurut Cik Salinah, anak tirinya meminta beliau supaya menjual flat tiga bilik yang beliau miliki bersama suaminya sejak lima tahun lalu.

"Arwah suami tidak buat pencaruman CPF nomination. Apa yang dikatakan dari anaknya itu, rumah harus dijual, dikeluarkan CPF arwah mengikut undang–undang faraid," katanya.

Namun, langkah Jawatankuasa Fatwa MUIS menyemak fatwanya berhubung kontrak Pemilikan Bersama atau 'Joint Tenancy' pada bulan lalu, menyelamatkan Cik Salinah, 50 tahun, daripada hilang tempat tinggal.

Di bawah fatwa baru itu, Pemilik Bersama mendapat hak penuh terhadap rumahnya, jika salah seorang pasangan meninggal dunia.

"Kelebihan hak milik bersama, pemilik – pemilik satunya tak perlu lagi untuk membuat atau melakarkan Hibah Ruqbah ataupun Nuzriah untuk menyatakan menzahirkan niat mereka untuk berikan rumah itu kepada pemilik lagi satu ataupun pasangan mereka.

"Yang kedua, mereka tidak perlu risau akan desakan ataupun pertanyaan daripada waris–waris yang lain seperti adik beradik arwah atau saudara–maranya untuk menjual rumah itu supaya mereka dapat hak mereka dibawa faraid," kata peguam dari I.R.B Law LLP, Encik Norhakim Md Shah.

Kupasan lebih terperinci kisah Cik Salinah dan kesan semakan fatwa terbaru terhadap kontrak Pemilikan Bersama disorot dalam rancangan DETIK, 12 Jun, 8.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/na/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan