Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Balai bomba pertama di Punggol pada 2020

Punggol akan mempunyai balai bomba pertama setahun dari sekarang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2019 04:37PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 09:32PM

SINGAPURA: Punggol akan mempunyai balai bomba pertama setahun dari sekarang.

Balai bomba yang terletak di sepanjang Punggol Central, akan menjadi balai bomba SCDF ke-23.

Ia akan ditempatkan bersama dengan Pusat Kejiranan Polis Punggol, yang akan berpindah dari lokasi sekarang di Tebing Lane.

Bangunan lima tingkat seluas lebih 9,500 meter persegi atau saiz lapan kolam renang olimpik itu, menampilkan ruang khas untuk mendekati masyarakat.

Ini termasuk Dewan Serbaguna dan Kawasan Masyarakat yang akan memudahkan program-program penglibatan dengan para penduduk di kawasan itu.

Sekarang Balai Bomba Sengkang mengendalikan semua kejadian kebakaran dan kes kecemasan di Punggol.

Menurut Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara dan AP bagi GRC Pasir Ris Punggol Cik Sun Xueling, kawasan Punggol sedang membangun pesat dan permintaan untuk khidmat polis dan khidmat kecemasan juga semakin bertambah. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan