Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Balai Bomba Kallang dirasmi, tempatkan pusat kawalan khas Home Team

Balai Bomba terbaru Singapura di Kallang dirasmikan hari ini (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Balai Bomba Kallang dirasmi, tempatkan pusat kawalan khas Home Team

(Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 07:37PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 07:48PM

SINGAPURA: Balai Bomba terbaru Singapura di Kallang dirasmikan hari ini (9 Okt).

Selain bakal memberikan perkhidmatan kepada Hab Sukan Singapura dan kawasan sekelilingnya, masa bertindak khidmat SCDF dijangka lebih pantas, daripada 11 minit kepada lapan minit sekarang.

Ia turut menempatkan pusat kawalan khas bagi pasukan Home Team menjalankan operasi bersama ketika berlangsung acara-acara besar seperti Perbarisan Hari Kebangsaan.

Kawasan Kallang dikunjungi sekitar 12 juta orang setiap tahun dan jumlah itu dijangka bertambah dengan adanya kemudahan-kemudahan hiburan dan sukan di sini.

Maka itu, balai bomba ke-22 Singapura itu dilengkapi sejumlah kenderaan kecemasan yang boleh bertindak bagi menangani pelbagai senario.

Semasa merasmikannya siang tadi, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang,

K Shanmugam turut mengumumkan pelancaran laluan kerjaya Ops-tech dalam SCDF.

Ia bertujuan memupuk para anggota berpakaian seragam yang mahir dalam kepakaran teknologi.

Turut diumumkan - Balai Bomba Kallang menjadi Hab Penyelamat "Lifesavers" atau orang ramai yang menjadi anggota penyelamat nyawa di barisan hadapan semasa kecemasan.

Sejak tahun 2015, lebih 51,000 orang sudah mendaftar sebagai anggota "Community First Responders".

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan