Images
  • GBS
    Gambar bubur dan ikan mentah. 

Bakteria GBS wujud di Asia Tenggara selama lebih 2 dekad

SINGAPURA: Sejenis bakteria yang kurang dikenali, iaitu Group B Streptococcus (GBS) yang ada dalam tubuh manusia dan ikan air tawar yang mentah, sudah wujud di Asia Tenggara selama lebih dua dekad. Demikian menurut hasil kajian tempatan.

Pada 2015, bakteria itu menyebabkan berlakunya keracunan darah di Singapura. Ini selepas beberapa orang makan makanan yang mengandungi ikan air tawar mentah di sebuah pusat penjaja.

Lebih 160 orang terjejas. Mereka menunjukkan tanda-tanda seperti jangkitan pada otak dan sendi.

Seorang lelaki, berusia 50 tahun, terpaksa dipotong tangan dan kakinya setelah memakan ikan mentah yang dijangkiti bakteria GBS.

Menyusuli wabak itu, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) melakukan satu kajian yang mengesan bahawa bakteria itu sudahpun wujud di Asia Tenggara selama lebih 20 tahun.

Kajian berkenaan melibatkan lebih 1,300 sampel manusia yang mengandungi bakteria itu dari negara-negara seperti Laos, Thailand dan Vietnam sejak tahun 1995 serta contoh ikan Tilapia dari Malaysia dan Vietnam.

Sejak wabak yang berlaku empat tahun lalu, TTSH menyatakan purata kurang 10 kes berkaitan GBS berlaku di negara ini setiap tahun.

Namun, hospital itu merancang untuk mengadakan lebih banyak kajian.

- CNA/SY/ai

Top