Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Baker's Brew Studio didenda kendalikan dapur tanpa lesen

Baker's Brew Studio pada Rabu (10 Apr) didenda S$1,000 kerana mengendalikan gerai makanan tanpa lesen, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Baker's Brew Studio didenda kendalikan dapur tanpa lesen

Baker's Brew Studio didenda S$1,000 kerana mengendalikan gerai makanan tanpa lesen. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 10:42PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 10:44PM

SINGAPURA: Baker's Brew Studio pada Rabu (10 Apr) didenda S$1,000 kerana mengendalikan gerai makanan tanpa lesen, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan media.

Sebuah dapur yang tidak berlesan dikesan di 8A Admiralty Street pada 11 Jan, semasa satu pemeriksaan biasa oleh seorang pegawai dari Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Dapur itu menghasilkan makanan ringan seperti biskut ondeh-ondeh yang dijual di tiga cawangan kedai Baker’s Brew Studio, menurut SFA.

"Siasatan kami mendapati Baker’s Brew Studio Pte Ltd menggunakan tempat tanpa lesen itu untuk membuat tat nanas bagi Tahun Baru Cina, kerana ia tidak memohon lesen ketika itu," menurut agensi tersebut.

SFA menambah bahawa semua aktiviti pengeluaran makanan di unit tanpa lesen itu diarah dihentikan serta merta.

Semua produk makanan dan bahan-bahan mentah yang sudah dibuka juga dibuang.

Kedai-kedai makanan yang mengendalikan dan memproses makanan untuk dijual kepada pemborong serta perniagaan runcit mesti mendapat lesen SFA.

Para pesalah boleh didenda sehingga S$5,000 jika sabit kesalahan.

Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan