Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bakal CEO SMRT buat penampilan awam pertama

Encik Neo Kian Hong yang bakal menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMRT membuat penampilan awam pertamanya sejak diumumkan akan mengambil alih jawatan itu dari Encik Desmond Kuek.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal CEO SMRT buat penampilan awam pertama

Gambar: SMRT/Facebook

Diterbitkan : 29 Apr 2018 07:57PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 07:59PM

SINGAPURA: Encik Neo Kian Hong yang bakal menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMRT membuat penampilan awam pertamanya sejak diumumkan akan mengambil alih jawatan itu dari Encik Desmond Kuek.

Beliau menemui para pekerja pekerja yang bertugas di Laluan Timur-Barat (EWL) pagi tadi (29 Apr).

Dalam satu catatan Facebook, SMRT menyatakan bahawa Encik Neo, bersama pengerusi SMRT dan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, melakukan kunjungan itu untuk 'memberi sokongan kepada kakitangan kami' pada hari pertama pengendali kereta api itu memulakan ujian sehari penuh sistem Pengawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi di EWL.

Ujian sebelum ini dilakukan di luar waktu operasi.

"Semasa lawatan itu, pasukan-pasukan dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT juga mengumpulkan maklum balas langsung daripada pengalaman pekerja berhubung hal-hal operasi," menurut SMRT dalam catatan itu.

Encik Neo akan mengambil alih jawatan daripada Encik Kuek mulai 1 Ogos ini. Beliau kini Setiausaha Tetap bagi Pembangunan Pertahanan dan juga mantan Panglima dalam pasukan pertahanan.

Beliau juga dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Singapore Technologies Engineering Jun lalu.

Pelantikan Encik Neo menyusuli satu usaha mencari pengganti dilakukan secara global oleh SMRT. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan