Bahan galian semula jadi sebabkan air paip di Pulau Tekong berubah warna: Masagos
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata, siasatan oleh Agensi air kebangsaan PUB mendapati bahawa bahan galian semula jadi yang terkumpul pada paip air
SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata, siasatan oleh Agensi air kebangsaan PUB mendapati bahawa bahan galian semula jadi yang terkumpul pada paip air Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) di Pulau Tekong sudah menjejas warna air.
Beliau berkongsi dapatan siasatan perubahan pada warna air paip itu pada November lalu.
PUB sedang bekerjasama dengan pihak BMTC untuk membersihkan saluran air utama dalam separuh pertama tahun ini sebagai satu langkah berjaga-jaga.
Ini akan dilakukan semasa masa rehat dalam jadual latihan.
Encik Masagos berkata semua air minuman, termasuk air di Pulau Tekong, diuji dan menepati piawai-piawai yang sudah ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.