Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bahan-bahan e-rokok ditemui dalam bekas nasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Bahan-bahan kelengkapan e-rokok ditemui disembunyikan dalam sebuah bekas berisi nasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Khamis (18 Apr), menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Anggaran Waktu Membaca:
Bahan-bahan e-rokok ditemui dalam bekas nasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands

(Gambar: ICA)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 08:03PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 08:05PM

SINGAPURA: Bahan-bahan kelengkapan e-rokok ditemui disembunyikan dalam sebuah bekas berisi nasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Khamis (18 Apr), menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

ICA memuat naik gambar di Facebook yang menunjukkan botol-botol berisi cecair yang mengandungi nikotin disembunyikan dalam sebuah bekas biru berisi nasi.

Menurut pihak berkuasa itu, bekas tersebut ditemui dalam ruang simpanan barang sebuah motosikal berdaftar di Malaysia.

"Pemeriksaan lanjutan ke atas beg galas penunggang itu terdapat lebih banyak lagi perkakas e-rokok, seperti katrij dan kabel," menurut ICA lagi, yang menambah bahawa kes tersebut sudah dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi sisasatan.

"Cara-cara penyeludupan sedemikian membimbangkan kerana cara yang sama boleh digunakan pihak-pihak berniat jahat untuk menyeludup barangan yang membahayakan keselamatan Singapura," tambah ICA.

"ICA akan terus melaksanakan pemeriksaan keselamatan untuk mencegah percubaan menyeludup."

Membeli, mengguna dan memiliki produk tembakau seperti e-rokok adalah salah di sisi undang-undang Singapura. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan