Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan pantau persaingan denda Grab, Uber $13 juta bagi perjanjian gabungan

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengenakan denda sejumlah S$13 juta terhadap Grab dan Uber atas gabungan kedua-dua syarikat itu, dengan menyatakan bahawa perjanjian tersebut menghapuskan persaingan dalam pasaran khidmat kereta sewa privet.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2018 12:35PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 09:29PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengenakan denda sejumlah S$13 juta terhadap Grab dan Uber atas gabungan kedua-dua syarikat itu, dengan menyatakan bahawa perjanjian tersebut menghapuskan persaingan dalam pasaran khidmat kereta sewa privet.

Uber didenda S$6.58 juta manakala Grab pula didenda S$6.42 juta.

CCCS menyatakan bahawa denda itu dikenakan bagi "mencegah gabungan yang muktamad dan tidak boleh diubah yang mengurangkan persaingan".

Dalam pelaksanaan denda itu, CCCS menyatakan bahawa ia menimbangkan pendapatan, sifat, tempoh dan tahap serius pelanggaran aturan persaingan selain faktor-faktor yang memburukkan dan mengurangkan kesan.

Pada 26 Mac, Grab mengumumkan bahawa ia sudah mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara. Pada keesokan harinya, CCCS menyatakan bahawa ia melancarkan siasatan atas sebab urus niaga itu mungkin melanggar akta persaingan.

Sebagai sebahagian daripada hasil siasatannya, badan pemantau itu menarik perhatian bahawa Grab menaikkan harganya selepas ia mengambil alih pesaing utamanya, Uber.

CCCS juga mendapati bahawa tambang perjalanan Grab selepas promosi untuk penumpang, juga meningkat antara 10 hingga 15 peratus menyusuli penggabungan tersbeut.

Selain itu, CCCS juga menerima "banyak aduan" daripada para penumpang dan pemandu mengenai tambang dan komisyen.

CCCS turut menarik perhatian mengenai perubahan pada Skim GrabReward, yang mengurangkan jumlah mata yang diraih oleh penumpang bagi setiap dolar mereka belanjakan bagi perjalanan Grab. Jumlah dan kekerapan tawaran dan insentif bagi pemandu juga semakin berkurangan.

CCCS juga mendapati bahawa buat basa ini, Grab memegang sekitar 80 peratus saham dan "kesan rangkaiannya yang kukuh" membuatnya sukar untuk para pesaing menembusi pasaran, terutamanya memandangkan Grab sudah mempunyai aturan eksklusif dengan syarikat-syarikat teksi, rakan-rakan syarikat sewa kereta dan beberapa pemandunya.

CCCS juga mengeluarkan arahan supaya mengurangkan kesan perjanjian itu terhadap para pemandu dan penumpang, serta membuka pasaran tersebut dan menjadikannya lebih adil.

"Gabungan yang mengurangkan persaingan dilarang dan CCCS sudahpun mengambil tindakan terhadap gabungan Grab-Uber kerana perjanjian itu menyingirkan pesaing utama Grab sehingga menjejas pemandu dan penumpang Singapura," kata Ketua Eksekutif CCCS, Toh Han Li.

"Syarikat-syarikat boleh terus berinovasi dalam pasaran ini melalui cara-cara lain selain gabungan anti-persaingan." 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan