Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan agama berperanan tangkis fahaman ekstrem meski dunia dilanda pandemik, tegas Menteri MCCY

Badan-badan agama di Singapura memainkan peranan penting dalam menangkis fahaman ekstrem.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan agama berperanan tangkis fahaman ekstrem meski dunia dilanda pandemik, tegas Menteri MCCY

Gambar hiasan masjid. (Gambar: Masjid Ar-Raudhah/ Facebook)

SINGAPURA: Badan-badan agama di Singapura memainkan peranan penting dalam menangkis fahaman ekstrem.

Ini boleh dilakukan dengan menghasilkan sendiri kandungan yang menggalak dan memupuk pemahaman silang agama dan bersesuaian dengan konteks kehidupan masyarakat berbilang agama di Singapura.

Demikian menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan yang diajukan oleh Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Menurut Dr Wan Rizal, semakin banyak kandungan yang berunsur keagamaan dihasilkan dan disebarkan di peringkat global semasa pandemik COVID-19.

AP GRC Jalan Besar itu bertanya kepada Encik Tong sama ada badan-badan keagamaan di Singapura akan menimbangkan untuk menyediakan garis panduan kepada rakyat Singapura supaya mereka dapat memanfaatkan kandungan seumpama itu selagi ia selaras dengan landskap kehidupan di Singapura yang berbilang kaum dan agama.

Dalam jawapan bertulisnya, Encik Tong memberi contoh portal SalamSG TV yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada tahun lalu yang menyediakan kandungan dan bimbingan agama kepada umat Islam di Singapura.

Pemerintah, menurut Encik Tong, akan terus memastikan agar kandungan yang menyebarkan fahaman pelampau dan boleh menjejas keharmonian sosial di sini tidak berakar dan disebarkan di sini.

Namun, dengan ketersambungan internet, ia mungkin mustahil untuk membanteras kandungan-kandungan sedemikian.

Sehubungan itu, Pemerintah akan mengambil langkah-langkah lebih menyeluruh bersama dengan badan-badan keagamaan, sekolah-sekolah dan kumpulan-kumpulan masyarakat untuk memastikan ucapan-ucapan yang berbaur kebencian dan maklumat yang salah tidak berakar dan menular di sini.

Sebagai contoh, Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) berganding bahu dengan badan-badan keagamaan dan pertubuhan-pertubuhan akar umbi untuk menggalak interaksi antara pelbagai agama dan kaum menerusi dialog dan kerjasama silang agama. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan