Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Tanpa anda sedari, anda mungkin jadi keldai wang dalam satu trend penipuan baru

Awas! Tanpa anda sedari, anda mungkin jadi keldai wang dalam satu trend penipuan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Tanpa anda sedari, anda mungkin jadi keldai wang dalam satu trend penipuan baru

Contoh kiriman mesej dalam trend baru penipuan. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 05:09PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 05:11PM

SINGAPURA: Polis hari ini (8 Apr) memberi amaran bahawa orang ramai, tanpa mereka sedari, boleh dijadikan keldai wang dalam satu trend penipuan iklan kerja yang menawarkan kadar gaji ikut masa yang tinggi.

Menurut polis, kumpulan penipu dalam kes-kes seumpama itu akan mengirimkan mesej yang menunjukkan iklan palsu kerja kosong, yang menerusi contoh yang diberikan dalam kenyataan media hari ini, menawarkan "250 sejam".

"Orang ramai dinasihatkan supaya berjaga-jaga terhadap penipuan sedemikian kerana mereka mungkin tanpa menyedarinya dijadikan keldai wang untuk melakukan pengubahan wang haram keuntungan hasil kegiatan jenayah," menurut polis dalam kenyataan medianya.

Mereka menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti contoh tidak menekan pautan yang mencurigakan, jangan mengirimkan wang kepada orang yang tidak dikenali atau tidak pernah berjumpa depan mata sebelum ini dan jangan berkongsi butiran akaun bank dengan sesiapa sekali pun.

Polis juga menggesa orang ramai supaya menolak tawaran kerja yang memerlukan mereka menggunakan akaun bank peribadi untuk membuat pemindahan wang kepada orang lain, membeli matawang kripto bagi pihak orang lain atau membuka akaun bank baru.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa akaun bank anda akan 'dibekukan' jika ia digunakan untuk membantu melakukan pengubahan wang haram daripada kegiatan-kegiatan jenayah dan anda boleh dikenakan siasatan jenayah," menurut polis.

Polis juga menggesa individu-individu supaya jangan mengeluarkan wang atau memindahkan sebarang wang yang mencurigakan yang mungkin diterima dalam akaun bank mereka dan melaporkannya kepada bank dan polis.

Polis juga meminta orang ramai supaya melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah sedemikian atau jika mereka mengesyaki mesej yang diterima itu satu penipuan.

Keldai wang mungkin didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Faedah).

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh didakwa di bawah Akta Khidmat Pembayaran, yang membawa hukuman denda sehingga S$125,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan