Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Polis beri amaran surat palsu SPF minta bantuan siasatan

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan hari ini (5 Dis) bahawa pihaknya sedar tentang aduan orang ramai, yang menerima surat palsu didakwa dihantar oleh seorang pegawai polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Polis beri amaran surat palsu SPF minta bantuan siasatan

Surat palsu yang didakwa dihantar oleh seorang pegawai polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 01:39PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 01:42PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan hari ini (5 Dis) bahawa pihaknya sedar tentang aduan orang ramai, yang menerima surat palsu didakwa dihantar oleh seorang pegawai polis.

Dalam satu kenyataan media, SPF menyatakan bahawa penerima surat tersebut diminta melaporkan diri ke sebuah stesen polis pada hari tertentu untuk membantu siasatan berhubung satu kesalahan.

"Surat-surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai polis dari sebuah divisyen polis, dengan nama pegawai polis berkenaan didapati adalah palsu," menurut SPF.

Polis menerangkan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan surat-surat tersebut dan aduan yang dibuat mengenai kes itu dianggap sebagai gangguan secara sengaja.

Siasatan sedang dijalankan.

SPF menggalak sesiapa yang rasa curiga supaya mengesahkan ketulenan surat polis dengan menghubungi divisyen polis. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan