Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Penipuan derma dana penyelidikan barah TTSH

Hospital Tan Tock Seng (TTSH) mengeluarkan amaran tentang satu penipuan yang melibatkan sumbangan derma kepada dana penyelidikan barah sebuah hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Penipuan derma dana penyelidikan barah TTSH

Hospital Tan Tock Seng.

Diterbitkan : 12 Feb 2018 11:08PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 11:10PM

SINGAPURA: Hospital Tan Tock Seng (TTSH) mengeluarkan amaran tentang satu penipuan yang melibatkan sumbangan derma kepada dana penyelidikan barah sebuah hospital.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (12 Feb), TTSH menyatakan bahawa beberapa orang awam dihampiri untuk menderma kepada satu dana penyelidikan barah Hospital Tan Tock Seng.

Hospital berkenaan menjelaskan bahawa ia adalah satu penipuan dan pihak berkuasa sudahpun dimaklumkan.

"Kami menasihatkan anda supaya menjauhi individu-individu sedemikian sekiranya dihampiri di tempat awam dan memaklumkannya kepada polis," demikian yang tertera dalam catatan itu.

Mediacorp sudahpun menghubungi hospital itu bagi maklumat lanjut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan