Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Pencurian dan penipuan e-dagang selalu berlaku pada hujung tahun

Sempena musim perayaan hujung tahun sekarang ini, polis menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap kejadian curi dan penipuan e-dagang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2017 09:48PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 09:52PM

SINGAPURA: Sempena musim perayaan hujung tahun sekarang ini, polis menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap kejadian curi dan penipuan e-dagang.

Kes-kes seperti itu selalunya meningkat pada tiga bulan terakhir setiap tahun.

Pada tahun lalu, lebih 220 kes kecurian pada suku terakhir, lebih tinggi dari kadar biasa.

Sementara itu lebih 570 kes penipuan e-dagang dilaporkan dalam tempoh yang sama, iaitu yang tertinggi pada tahun lalu.

Kes-kes penipuan biasanya berlaku dalam wadah jualan online seperti Carousell.

Mangsa-mangsa selalunya tertarik dengan barangan yang ditawarkan tetapi akhirnya mereka tidak menerima barang yang dibeli selepas bayaran dibuat.

Oleh itu, polis menggalak para pelanggan supaya memeriksa rekod kelakonan si penjual dengan membaca komen para pelanggan sebelum ini atau menghubungi mereka.

Polis juga menasihati supaya pelanggan memilih untuk membayar tunai apabila barang yang dibeli dihantar.

Satu kempen empat bulan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pencegahan jenayah dilancarkan hari ini (24 Nov) oleh Setiausaha Parlimen bagi Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

Ia akan memberi tumpuan kepada empat jenis penipuan yang berleluasa sekarang ini iaitu e-dagang, penyamaran, bayaran untuk seks dan penipuan cinta internet.  

Sumber : Agensi berita/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan