Images
  • ICA (1)
    Gambar hiasan. (Gambar: Xabryna Kek) 

Awas! Panggilan telefon orang menyamar sebagai pegawai ICA

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (21 Dis) memberi amaran tentang penipuan lewat panggilan telefon oleh pihak-pihak yang menyamar sebagai pegawai ICA.

Pemanggil-pemanggil yang tidak dikenali itu menuduh orang tersebut terlibat dalam sebuah kes ataupun siasatan dan meminta mereka memindahkan wang berhubungannya.

Panggilan-panggilan berkenaan kelihatan seperti datang daripada nombor +65 6391 6100, menurut ICA dalam kenyataan medianya.

Nombor tersebut disenaraikan dalam laman ICA sebagai khidmat panggilan automatiknya yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatannya dan keperluan tatacara.

ICA menyatakan bahawa panggilan-panggilan tersebut tidak dibuat oleh para pegawainya. Tambahan pula, ICA tidak menghubungi orang ramai dan meminta supaya mereka memindahkan wang bagi tujuan sedemikian.

Menurut ICA lagi, pihak polis sudahpun dimaklumkan.

Ia menasihati orang ramai supaya tidak mengendahkan panggilan tersebut dan juga arahan si pemanggil serta membuat sebarang pemindahan wang.  

- CNA/SM/sm

Top