Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Mangsa ditipu S$14,000 gara-gara hadiah Lazada

Polis pada Selasa (14 Mei) memberi amaran tentang penipuan melibatkan kempen palsu Lazada yang menawarkan hadiah.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Mangsa ditipu S$14,000 gara-gara hadiah Lazada

Gambar: Thomas White/REUTERS

Diterbitkan : 14 May 2019 06:50PM Dikemas Kini : 15 May 2019 11:13AM

SINGAPURA: Polis pada Selasa (14 Mei) memberi amaran tentang penipuan melibatkan kempen palsu Lazada yang menawarkan hadiah.

Secara keseluruhannya, para mangsa ditipu sekurang-kurangnya S$14,000.

Sejak Januari lalu, sekurang-kurangnya 14 kes sedemikian diadukan.

"Dalam kes-kes tersebut, para penipu akan menyamar sebagai rakan atau pengikut mangsa di Instagram," menurut polis dalam kenyataannya.

"Mereka kemudian akan meminta nombor telefon mangsa dan gambar kad kredit atau debit mereka dengan alasan membantu mereka membuat pendaftaran untuk kempen Lazada bagi memenangi hadiah wang."

Para mangsa juga diminta kata laluan sekali guna (OTP) akaun bank mereka. Mereka kemudian menyedari tentang beberapa urus niaga tidak sah, menurut polis.

Polis turut menambah bahawa antara nama kempen palsu itu termasuk Lazada Campaign, Lazada Raffle, Lazada Gift Money dan Lazada Lucky Draw.

Seorang jurucakap Lazada pada Rabu (14 Mei) berkata bahawa keselamatan pembeli adalah keutamaan syarikat tersebut sambil menekankan tidak ada sebarang kaitan dengan kes penipuan itu.

Beliau menambah, kesemua kempen dan peraduan anjuran Lazada hanya diadakan menerusi laman, app dan akaun rasmi media sosial.

Beliau berkata: "Kami ingin mengingatkan para pembeli untuk hanya melakukan urus niaga menerusi wadah-wadah kami; bukan menerusi saluran pihak ketiga."

Polis mengingatkan orang ramai supaya jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti butiran kad kredit dan akaun bank serta berhati-hati terhadap permintaan yang meragukan daripada media sosial dan pihak yang tidak dikenali.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan