Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas, laman palsu ICA cuba pancing nombor visa, pasport orang awam

ICA menyatakan hari ini (25 Jan) bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menutup laman palsu itu, http://evisasg.mom. Setakat sehingga 2.20 petang, laman itu masih aktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, laman palsu ICA cuba pancing nombor visa, pasport orang awam

Petikan gambar laman palsu ICA.

Diterbitkan : 25 Jan 2018 04:48PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 04:51PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) membuat aduan polis berkenaan laman palsu ICA yang memancing maklumat visa dan nombor pasport para pengguna.

ICA menyatakan hari ini (25 Jan) bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menutup laman palsu itu, http://evisasg.mom. Setakat sehingga 2.20 petang, laman itu masih aktif.

Orang ramai dinasihati supaya hanya melungsuri laman rasmi ICA di www.ica.gov.sg bagi hal-hal urus niaga dan bagi mendapatkan maklumat berkaitan ICA.

Dalam kenyataan yang sama, ICA turut memberi jaminan kepada para pengguna bahawa laman rasmi ICA selamat untuk digunakan dan tiada data yang terjejas dalam kejadian itu.

ICA memandang serius terhadap laman-laman palsu sedemikian kerana ia boleh menjejas keyakinan para pengguna terhadap sistem dan proses kendalian agensi itu.

Sebelum ini, beberapa kes serupa melibatkan laman palsu ICA turut dilaporkan, termasuk satu kes yang berlaku baru-baru ini pada Oktober 2017. 

Sumber : CNA/HA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan