Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas jika anda terima SMS keluarga tersayang diculik, jangan pindahkan wang

Beberapa orang membuat aduan, menerima kiriman SMS yang mendakwa keluarga mereka diculik dan menuntut supaya mereka memindahkan wang demi keselamatan orang yang disayangi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas jika anda terima SMS keluarga tersayang diculik, jangan pindahkan wang

Petikan gambar SMS yang menyatakan seorang anak perempuan diculik. (Gambar: Ezan Smc / Facebook)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 06:10PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 06:12PM

SINGAPURA: Beberapa orang membuat aduan, menerima kiriman SMS yang mendakwa keluarga mereka diculik dan menuntut supaya mereka memindahkan wang demi keselamatan orang yang disayangi itu.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (4 Apr) bahawa ia menerima beberapa aduan tentang mesej-mesej seperti itu.

Di laman Facebook SPF, dalam tempoh 24 jam semalam (3 Apr), lima orang memuat naik petikan gambar mesej yang diterima. Mesej itu berbunyi: "Saya sudah menculik anak perempuan anda. Jika anda mahukan anak anda selamat, pindahkan $500,000 ke akaun saya sekarang. Jika anda membuat aduan polis, saya akan merogol anak anda."

Menerusi kenyataan media itu, polis menasihati orang ramai yang menerima mesej seumpama itu supaya bertenang dan jangan memindahkan sebarang wang atau membalas kiriman SMS tersebut.

Polis juga menasihati supaya segera menghubungi orang yang disayangi untuk memastikan keselamatan mereka. Selain itu, mereka perlu menyekat nombor telefon berkenaan dan membuat aduan, menyifatkannya sebagai spam.

Mereka yang mahu memberikan sebarang maklumat mengenai kes-kes seumpama itu boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan