Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas jika anda makan 'buah tunjuk langit', ini bahayanya...

Tujuh kes kecederaan pada bahagian hati dilaporkan selepas memakan biji mahagoni, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2018 12:59PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:26PM

SINGAPURA: Tujuh kes kecederaan pada bahagian hati dilaporkan selepas memakan biji mahagoni, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (11 Dis).

Biji-biji daripada tumbuhan mahogani atau swietenia macrophylla juga dikenali sebagai "buah tunjuk langit" atau "xiang tian guo" dalam bahasa Mandarin.

"Biji-biji mahogani biasanya dimakan di negara-negara Asia Tenggara bagi membantu mengawal kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kajian klinikal melibatkan manusia yang menyokong keberkesanannya mahupun sama ada ia selamat dimakan," menurut HSA.

Sepanjang tiga tahu lalu, HSA menyatakan ia sudah menerima tujuh aduan tempatan mengenai kecederaan pada bahagian hati yang disyaki ada kaitan dengan memakan biji mahogani, sama ada dalam bentuk biji itu sendiri ataupun kapsul.

Kecederaan pada bahagian hati yang dilaporkan termasuk masalah fungsi hati yang ringan kepada kegagalan hati. Seorang pesakit juga mengalami kecederaan ginjal manakala seorang lagi mengalami pelbagai sakit otot dan sakit lain, yang juga dikenali sebagai polyarthralgia.

Ketujuh-tujuh pesakit itu berusia antara 40an tahun dengan 70an tahun. Lima daripada mereka dimasukkan ke hospital. Mereka sudahpun beransur pulih ataupun sudah pulih sepenuhnya selepas berhenti menggunakan produk tersebut.

HSA menyatakan bahawa kebanyakan pesakit juga mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, hyperlipidaemia (kadar kolesterol tinggi dalam darah) dan hati berlemak. Mereka juga didapati mengambil ubat-ubatan lain secara serentak.

Masalah hati itu didapati berlaku antara 30 hingga 45 hari selepas mereka memakan biji-biji mahagoni itu, kecuali seorang pesakit yang mengalami masalah tersebut enam bulan selepas berbuat demikian.

MAKAN BIJI DAN KAPSUL MAHAGONI

Para pesakit didapati memakan biji-biji mahogani bagi mengawal kadar gula dalam darah mereka, serta tekanan darah tinggi dan bagi kesejahteraan am, menurut HSA.

Lima daripada mereka memakan biji mahogani yang mentah, yang dibeli daripada pelbagai sumber di Singapura dan Malaysia. Mereka didapati memakan antara 10 biji sebulan ataupun 18 biji setiap hari.

Lagi dua pesakit mengambil kapsul biji mahogani secara sekali-sekala atau memakan dua kapsul setiap hari.

Salah satu produk mempunyai label "Natural Miracle Healer" dengan pesakit membelinya daripada sebuah kedai di Singapura, manakala satu lagi jenama produk dijual di Malaysia.

Buah tunjuk langit (Gambar-gambar: HSA)

"Meskipun tiada sebarang data saintifk, mengenai risiko kecederaan hati akibat memakan biji mahogani, HSA menasihati para pengguna supaya berwaspada apabila menggunakan produk-produk tersebut. HSA akan terus memantau situasi dan memberi orang awam perkembangan mengenai sebarang dapatan penting," menurut HSA.

Sesiapa yang memakan biji-biji mahogani perlu berjumpa doktor dengan secepat mungkin jika mereka rasa tidak sihat atau mengalami tanda-tanda kecederaan hati. Ini seperti rasa loya, hilang selera, keletihan dan warna air kencing yang bertukar gelap. Mereka juga perlu berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jaundis seperti kulit atau warna putih pada mata menjadi kuning.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan