Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas, jangan tertipu dengan panggilan individu menyamar sebagai pegawai IRAS

Anda menerima panggilan daripada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) tentang "cukai yang belum dibayar"? Jangan terpedaya, ia sebenarnya satu penipuan menurut IRAS hari ini (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, jangan tertipu dengan panggilan individu menyamar sebagai pegawai IRAS

Gambar fail seorang menggunakan telefon bimbit. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 07 Feb 2018 09:16PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:20PM

SINGAPURA: Anda menerima panggilan daripada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) tentang "cukai yang belum dibayar"? Jangan terpedaya, ia sebenarnya satu penipuan menurut IRAS hari ini (7 Feb).

IRAS memberi amaran demikian selepas ia dimaklumkan oleh orang awam tentang panggilan-panggilan yang mencurigakan daripada individu-individu yang menyamar sebagai pegawai IRAS meminta mereka membuat bayaran cukai dengan serta-merta kepada akaun bank yang tidak diketahui.

Nombor telefon yang tertera termasuk talian cukai peribadi IRAS iaitu 63568300.

IRAS menegaskan bahawa ia adalah panggilan-panggilan penipuan dan bukan dibuat oleh pegawai IRAS.

Mereka yang menerima panggilan demikian dinasihati supaya jangan mengendahkannya dan sebaliknya membuat aduan sekiranya menjadi mangsa penipu-penipu berkenaan.

Menurut IRAS lagi, pihaknya tidak akan meminta orang awam untuk membuat bayaran kepada akaun bank pihak ketiga melalui panggilan telefon dan ia juga tidak menyediakan pilihan pembayaran melalui kredit iTunes ataupun kredit Steam.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil orang awam termasuk tidak memberi maklumat peribadi dan tidak menghantar wang kepada si pemanggil, agensi kiriman wang, bank-bank ataupun membuat bayaran dengan cara lain, nasihat IRAS.

Mod bayaran yang disediakan IRAS buat masa ini termasuk GIRO, perbankan internet, aplikasi DBS Paylah!, perbankan telefon, mesin ATM, stesen AXS, kiosk SAM dan NETS.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan