Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aviva S'pura tawar ibu bapa 16 minggu cuti bergaji

Semua kakitangan sepenuh masa syarikat Aviva yang berpangkalan di Singapura kini mendapat 16 minggu cuti bergaji, menurut syarikat insurans itu hari ini (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Aviva S'pura tawar ibu bapa 16 minggu cuti bergaji

Gambar fail bayi. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 24 Nov 2017 06:21PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 06:24PM

SINGAPURA: Semua kakitangan sepenuh masa syarikat Aviva yang berpangkalan di Singapura kini mendapat 16 minggu cuti bergaji, menurut syarikat insurans itu hari ini (24 Nov).

Dalam satu kenyataan media, Aviva menyatakan bahawa dasar baru itu memberikan hak cuti bersalin yang sama bagi golongan ibu dan bapa, tanpa meletakkan had kepada bilangan kelahiran anak dalam keluarga mereka.

Jika kedua-dua ibu bapa merupakan kakitangan Aviva, mereka boleh memanfaatkan hak mereka ini untuk mengambil cuti bergaji yang boleh diambil pada masa yang sama.

Dasar tersebut, yang merangkumi kedua-dua kelahiran bayi sendiri dan pengambilan anak angkat, juga akan meliputi semua kakitangan tanpa mengambil kira jantina, kerakyatan, orientasi seksual dan status perkahwinan, demikian menurut Aviva.

Aviva menambah, kakitangan yang menyambut kelahiran bayi dua kali dalam tempoh setahun akan turut diberikan 16 minggu cuti bagi setiap kelahiran, yang boleh digunakan dalam tempoh setahun dari hari kelahiran setiap bayi.

Aviva menyatakan bahawa dasar baru ini merupakan inisiatif secara berkumpulan yang akan dibentangkan di Singapura, Britain, Ireland, Perancis, Canada, dengan rancangan untuk meluaskannya ke pasaran Aviva yang lain menjelang tahun depan.

Dasar tersebut juga merupakan tambahan kepada susunan cuti bagi ibu bapa di Aviva, seperti cuti yang dikongsi, cuti penjagaan kanak-kanak, cuti penjagaan kanak-kanak yang dilanjutkan dan cuti penjagaan bayi.

Ketua Pegawai Eksekutif Aviva Group, Mark Wilson berkata: "Saya ingin hidup di dunia yang mana satu-satunya kriteria untuk mencapai kejayaan adalah bakat seseorang, bukan jantina mereka. Kami ingin Aviva menjadi progresif, inklusif dan tempat yang mesra untuk pekerja. Ia bagus buat kakitangan kami dan ia juga bagus dari segi perniagaan."

Pengumuman Aviva serupa dengan langkah yang diamblil Ikea pada bulan September. Syarikat perabot Sweden itu mengumumkan ia memberikan cuti bapa selama empat minggu. Ini dua kali ganda berbanding cuti bergaji bagi bapa lain di Singapura.

Pada November 2016, perubahan kepada Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak (CDCA) yang diluluskan di Parlimen, di mana ia memberikan bapa baru cuti bergaji selama dua minggu yang ditampung pemerintah sementara ibu yang tidak berkahwin mendapat cuti bersalin selama 16 minggu berbanding lapan minggu sebelum ini. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan