Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA tarik balik snek kacang Singlong selepas kepingan logam ditemui

Sebahagian daripada keluaran produk karipap mini berinti kacang atau 'peanut puff' jenama Singlong ditarik balik selepas sekeping logam kecil ditemui di dalam snek itu, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
AVA tarik balik snek kacang Singlong selepas kepingan logam ditemui

Produk karipap mini berinti kacang atau 'peanut puff' jenama Singlong ditarik balik selepas sekeping logam kecil ditemui di dalam snek itu. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 11:39PM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 11:41PM

SINGAPURA: Sebahagian daripada keluaran produk karipap mini berinti kacang atau 'peanut puff' jenama Singlong ditarik balik selepas sekeping logam kecil ditemui di dalam snek itu, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (22 Feb).

AVA menyatakan logam itu adalah daripada sebuah mesin yang digunakan untuk membuat snek tersebut di sebuah kilang. Ini adalah kali kedua dalam dua bulan produk itu ditarik balik.

Pada bulan lalu, sebahagian keluaran snek yang sama dari jenama Da Ji Da Li ditarik balik selepas sekeping logam juga ditemui di dalam pastri berkenaan.

Kedua-dua jenama kuih kacang itu dihasilkan oleh pengilang yang sama dari Malaysia.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, AVA menggantung semua import produk daripada mereka," menurut agensi tersebut. AVA menambah ia sudah meminta pengimport, Sing Long Foodstuff Trading, untuk menarik balik produk-produk terjejas.

"Penarikan balik itu sedang dijalankan," menurut AVA.

Keluaran produk Singlong yang terjejas, seberat 350 gram, mempunyai tarikh luput 30 Disember 2019.

Para pelanggan yang sudah membeli produk terjejas itu dinasihati supaya jangan memakannya, menurut AVA.

Mereka boleh menghubungi Sing Long Foodstuff Trading di talian 6284 5254 bagi pertukaran atau pertanyaan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan