Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA tarik balik keju Valencay keluaran jenama Hardy kerana E coli

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menarik balik keju Valencay keluaran jenama Hardy selepas mengesan bakteria E coli dalam beberapa produk keju itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA tarik balik keju Valencay keluaran jenama Hardy kerana E coli

Keju Valencay keluaran Hardy. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 03:37PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 03:40PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menarik balik keju Valencay keluaran jenama Hardy selepas mengesan bakteria E coli dalam beberapa produk keju itu.

Sembilan keping produk berkenaan diimport dan dijual kepada dua hotel di Singapura, menurut AVA pada Sabtu (9 Mac).

Tujuh keping sudah dimakan manakala dua lagi dikembalikan.

"Pihak berkuasa Eropah mengeluarkan pemberitahuan tentang beberapa kumpulan keju Valencay keluaran jenama Hardy yang ditarik balik kerana mengandungi toksin Shiga yang menghasilkan bakteria Escherichia coli," menurut AVA.

Keju itu dihasilkan di Perancis.

Produk-produk yang terjejas ditandakan dengan "LOT Fournisseur: 10-17, LOT Fournisseur: 10-25, serta LOT Fournisseur: 10-31 ou 10-32".

AVA sudah mengarahkan supaya pengimport menarik balik produk-produk berkenaan dan proses sudah selesai dijalankan.

Dalam kenyataan medianya, AVA mengingatkan para pembeli tentang risiko menggunakan keju susu mentah.

"Susu mentah atau yang tidak dipasteur berkemungkinan mengandungi lebih banyak bakteria dan patogen berbanding susu pasteur. Ini termasuk mengandungi bakteria E coli," tambah AVA.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, golongan yang lemah, terutama sekali kanak-kanak, wanita hamil, mereka yang sudah lanjut usia, atau mereka yang mengalami penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, perlu elak daripada makan makanan mentah.

"Para pembeli yang berasa tidak sihat selepas memakan keju susu mentah perlu berjumpa doktor," tambahnya lagi.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan