Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA tarik balik Dumex Mamil Gold selepas kesan bakteria berbahaya terhadap bayi

Pihak berkuasa mengarahkan susu tepung Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Step 1 ditarik balik selepas mengesan bakteria Cronobacter sakazakii pada sampelnya.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA tarik balik Dumex Mamil Gold selepas kesan bakteria berbahaya terhadap bayi

(Gambar: AVA)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:46PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 09:51PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengarahkan susu tepung Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Step 1 ditarik balik selepas mengesan bakteria Cronobacter sakazakii pada sampelnya.

Jangkitan Cronobacter biasanya jarang berlaku, namun ia boleh membawa maut pada bayi baru lahir kerana ia boleh menyebabkan radang atau sepsis, menurut AVA dalam maklumannya pada Isnin (20 Ogos).

Simptom-simptom termasuk demam atau kelesuan, dedah AVA.

Produk-produk yang terjejas adalah daripada kumpulan 09117R1 dengan tarikh habis tempoh pada 11 September 2019. Produk-produk itu dihasilkan di Malaysia.

AVA sudahpun mengarahkan pengimport produk tersebut, Danone Dumex, supaya menarik balik kumpulan produk yang terjejas dan ia sudahpun selesai dijalankan.

Sesiapa yang sudah membeli produk yang terjejas dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Menurut AVA, para pengguna juga boleh menghubungi Dumex melalui hotline 1800 265 3188 untuk maklumat lanjut atau mendapatkan bayaran balik.

Para ibu bapa atau pengasuh harus mendapatkan bantuan perubatan jika anak mereka berasa tidak sihat.

AVA juga menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan semasa memberi makan kepada bayi. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan