Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA siasat dakwaan ular di Tang Plaza diperlakukan secara salah

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sedang menyiasat dakwaan seekor ular di Tang Plaza diperlakukan secara salah oleh beberapa orang di tempat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA siasat dakwaan ular di Tang Plaza diperlakukan secara salah

Petikan gambar daripada video yang menunjukkan percubaan menangkap ular sawa.

Diterbitkan : 30 Jan 2019 09:55AM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 10:00AM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sedang menyiasat dakwaan seekor ular di Tang Plaza diperlakukan secara salah oleh beberapa orang di tempat itu.

Gambar dan video yang menunjukkan seekor ular sawa di luar bangunan di Orchard Road itu tular di media sosial.

Salah satu video tersebut menunjukkan empat lelaki sedang cuba menangkap ular sawa berkenaan.

Malahan di dalam video tersebut, ular sawa itu kelihatan mematuk tangan salah seorang lelaki, yang memakai sarung tangan.

Lelaki tersebut kemudian memijak ular sawa itu.

Menurut AVA, ular sawa itu sudah diserahkan kepada Wildlife Reserves Singapore (WRS).

AVA menyatakan, kekejaman terhadap haiwan adalah satu kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung.  Ia juga sudah mengeluarkan garis panduan tentang cara mengendalikan ular kepada semua agensi pengurusan hidupan liar di sini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan