Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA nasihati pelanggan jangan makan bijiran Kellogg's Honey Smacks

Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) hari ini (19 Jun) menasihati para pelanggan agar tidak makan bijiran Kellogg's Honey Smacks, tidak kira saiz bungkusan atau tarikh luputnya.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA nasihati pelanggan jangan makan bijiran Kellogg's Honey Smacks

(Gambar: Kellogg's)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 10:46PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 10:47PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) hari ini (19 Jun) menasihati para pelanggan agar tidak makan bijiran Kellogg's Honey Smacks, tidak kira saiz bungkusan atau tarikh luputnya.

Ini menyusuli tindakan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat yang meluaskan langkah menarik balik produk bijiran Kellogg's Honey Smacks untuk merangkumi kesemua saiz bungkusan dan tarikh luput kerana dipercayai tercemar dengan salmonela.

Ahad lalu (17 Jun), Syarikat Kellogg dilaporkan menarik balik dengan sukarela, bungkugan bijiran Kellogg's Honey Smacks 15.3 oz dan 23 oz kerana dipercayai tercemar dengan salmonela.

Pengimport bijiran tersebut di Singapura, RedMart, menyatakan bahawa produk yang terjejas hanyalah bungkusan 15.3 oz dengan tarikh luput antara 14 Jun 2018 hingga 14 Jun 2019. Kod UPC di bahagian bawah kotak bijiran itu adalah 038000391033.

RedMart selanjutnya menyatakan bahawa kesemua produk terjejas sudahpun diturunkan daripada laman pembeliannya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan