Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aturan khas perjalanan udara S'pura-Hong Kong ditangguh lagi, akan disemak Julai

Aturan khas perjalanan udara Singapura-Hong Kong terus ditangguh walaupun keadaan COVID-19 di Singapura sudah bertambah baik, umum Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2021 07:13PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 09:49PM

SINGAPURA: Aturan khas perjalanan udara Singapura-Hong Kong terus ditangguh walaupun keadaan COVID-19 di Singapura sudah bertambah baik, umum Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis (10 Jun).

Pihak berkuasa kedua-dua pihak akan menilai semula keadaan pada Julai sebelum memutuskan tarikh pelancarannya.

Keadaan COVID-19 di Hong Kong terus stabil, tambah pertambahan besar kes dalam masyarakat sejak beberapa minggu lalu, menurut kementerian itu.

"Singapura dan Hong Kong tetap komited untuk melaksanakan aturan khas perjalanan udara dengan selamat. Kami akan terus memantau keadaan kesihatan awam di kedua-dua tempat dengan teliti,”tambah MOT.

Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong Edward Yau telah mengekalkan "perhubungan rapat", kata kementerian itu, sambil menambah bahawa mereka bersetuju bahawa kedua-dua belah pihak akan menyemak keadaan pada awal Julai, sebelum membuat keputusan mengenai tarikh sasaran untuk melancarkan penerbangan di bawah aturan khas tersebut.

"Perkembangannya akan diberikan pada waktu itu," kata MOT.

Aturan perjalanan udara Singapura-Hong Kong pada awalnya dijadualkan bermula pada 22 November tahun lalu, tetapi ditangguhkan setelah kes COVID-19 meningkat di Hong Kong.

Ia dijadualkan semula kepada 26 Mei tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat yang tidak berkait di Singapura.

Berdasarkan syarat-syarat perjanjian, aturan khas perjalanan akan ditangguh selama sekurang-kurangnya 14 hari jika purata tujuh hari kes COVID-19 tempatan yang tidak berkait dalam sehari, tidak termasuk kes penghuni dormitori di Singapura, adalah lebih daripada lima di Singapura atau Hong Kong.

Semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada Khamis, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata beliau tidak rasa bahawa Singapura memenuhi kriteria untuk memulakan semula aturan khas perjalanan udara.

"Dan walaupun kita memenuhi kriteria untuk (ia) dimulakan semula ... kita berada dalam keadaan yang sangat berhati-hati," kata Encik Ong menjawab pertanyaan.

"Oleh itu, kami mungkin tidak mahu terburu-buru. Penting bahawa di peringkat ini kita mahu berhati-hati."

Encik Ong bagaimanapun menambah, adalah penting untuk "meneruskan perbincangan".

"Tidak ada salahnya, dan sebenarnya adalah baik, untuk terus berunding dengan pelbagai rakan kongsi kita, untuk melihat bagaimana kita dapat memulihkan hubungan dengan dunia secara selamat. Apabila masanya sesuai,” kata Encik Ong.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan