Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN tidak harus perlu pilih antara Amerika Syarikat dengan China: Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata, tiada satu pun negara ASEAN yang mahu atau melihat keperluan untuk memilih antara Amerika Syarikat dengan China. 

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN tidak harus perlu pilih antara Amerika Syarikat dengan China: Ng Eng Hen

Gambar fail Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 09:33AM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 09:35AM

WASHINGTON: Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata, tiada satu pun negara ASEAN yang mahu atau melihat keperluan untuk memilih antara Amerika Syarikat dengan China.

Dr Ng berkata, rantau itu meraih faedah daripada satu saingan strategik untuk meluaskan pengaruh.

Beliau menjawab soalan yang diajukan di Forum Keselamatan Aspen di Washington DC.

Beliau ditanya jika langkah mengundurkan pasukan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan menjejas keyakinan dalam kehadiran Amerika Syarikat bagi tujuan keselamatan.

Dr Ng juga menekankan, meskipun China mungkin tidak mempunyai kepelbagaian, bakat atau teknologi yang dimiliki Amerika Syarikat sekarang, ia semakin merapatkan jurang tersebut.

Maka itu, adalah wajar untuk memikirkan tentang bagaimana untuk melibatkan diri dengan China, dan bukan menganggapnya sebagai persaingan.

Beliau menambah, Amerika Syarikat sudah pun mengambil perhatian.

Terdapat juga persetujuan puak berbeza untuk bekerjasama menegaskan kepimpinan dalam perdagangan dan kewangan global.

Dengan keadaan pandemik yang mendedahkan kelemahan bagi banyak ekonomi baru muncul dan menimbulkan masalah hutang yang besar, Dr Ng berkata, perkembangan politik akan mula berubah.

Negara-negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, akan perlu memantau perubahan ini.

Sempena lawatannya ke Washington itu, Dr Ng juga bertemu dengan rakan sejawatan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin bagi membincangkan usaha mengukuhkan hubungan tentera antara dua negara tersebut.

Dalam pertemuan mereka di Pentagon, kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa cabaran termasuk pandemik COVID-19, keselamatan siber, pengganasan dan ancaman kepada rantau Asia Pasifik.  

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan