Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN sambut baik kerjasama pertahanan lebih kukuh, berterusan dengan Amerika, China, Jepun

Para Menteri Pertahanan dari 10 negara ASEAN mengadakan Mesyuarat tahunan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat ADMM-Plus ke-6 di Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN sambut baik kerjasama pertahanan lebih kukuh, berterusan dengan Amerika, China, Jepun
Diterbitkan : 17 Nov 2019 08:31PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 08:32PM

BANGKOK: Para Menteri Pertahanan dari 10 negara ASEAN mengadakan Mesyuarat tahunan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat ADMM-Plus ke-6 di Bangkok.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menyertai perbincangan ASEAN dengan China, Jepun dan Amerika Syarikat hari ini (17 Nov).

Dalam mesyuarat ASEAN-China, Menteri Pertahanan China Jeneral Wei Fenghe menyarankan cara-cara untuk meningkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua pihak.

Para Menteri ASEAN menyokong inisiatif-inisiatif tersebut dan menyambut baik pelibatan kukuh China terhadap kumpulan serantau itu.

Para pegawai ASEAN juga menemui Menteri Pertahanan Jepun yang baru, Taro Kono.

Dalam mesyuarat tidak rasmi itu, para menteri ASEAN melahirkan penghargaan atas pelibatan berterusan Jepun.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dalam bidang-bidang seperti keselamatan maritim dan menghadapi ancaman bukan tradisional.

Para Menteri ASEAN juga mengadakan rundingan dengan Setiausaha Pertahanan baru Amerika, Mark Esper.

ASEAN mengesahkan lagi sokongan kepada pelibatan Amerika yang berterusan di rantau ini.

Mereka turut membincangkan cara-cara meningkatkan kerjasama dan pengongsian maklumat bagi menangani isu-isu keselamatan serantau seperti pengganasan serta keselamatan maritim. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan