Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN perluas usaha urus bencana jangkaui rantau ini

ASEAN meluaskan usaha pengurusan bencana melampaui rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN perluas usaha urus bencana jangkaui rantau ini

Bendera negara-negara ASEAN. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 08:06PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 08:09PM

SINGAPURA: ASEAN meluaskan usaha pengurusan bencana melampaui rantau ini.

Ia berjaya meraih 21 ikrar sokongan dana dan teknikal dari China, Jepun dan Korea Selatan termasuk sekitar S$14.8 juta bagi pelaksanaan lima program.

ASEAN juga sedang memanfaatkan kepakaran-kepakaran negara-negara itu.

Sebuah platform dialog Korea Selatan dilancarkan baru-baru ini sebagai tambahan kepada platform sedia ada dengan China dan Jepun.

"Platform-platform ini akan membantu dalam perkongsian dasar dan pengetahuan berhubung pengurangan risiko bencana. Kami juga mengalu-alukan kerjasama dalam bidang seperti sistem ramalan dan amaran bencana lanjutan," kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

Singapura merupakan pengerusi Mesyuarat Menteri ASEAN bagi Pengurusan Bencana pada tahun ini.

Di mesyuarat itu, Encik Shanmugam juga mengumumkan pelancaran sistem pemantauan dan penilaian online yang baru.

Sistem itu akan memudahkan pemantauan perkembangan inisiatif seperti latihan kakitangan.

Ia adalah antara enam inisiatif baru yang dilancarkan termasuk pelan tindakan menangani musim kemarau.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan