Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN perlu tangani cabaran keselamatan siber secara bersama, kata S Iswaran

Negara-negara ASEAN perlu menangani cabaran keselamatan siber secara bersama-sama, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2020 07:48PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 09:19PM

SINGAPURA: Negara-negara ASEAN perlu menangani cabaran keselamatan siber secara bersama-sama, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.

Ia memandangkan rantau ini terdedah kepada ancaman siber yang kian memuncak sedang ekonomi digital berkembang pesat.

Menteri Perhubungan dan Penerangan (MCI) S Iswaran berkata demikian di Persidangan Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber yang kelima.

Encik Iswaran berkata ASEAN mesti menggandakan usaha untuk merapatkan kerjasama dan mengukuhkan daya tahan siber serantau.

Misalnya, dari segi perlindungan prasarana kritikal seperti perisian 'cloud' yang dikongsi dan sistem perbankan.

Khususnya bagi Singapura, Encik Iswaran melancarkan skim label keselamatan siber bagi alat-alat bijak seperti ruter Wi-Fi.

Produk-produk diberi markah antara satu hingga empat berdasarkan tahap keselamatannya.

Beliau juga mengumumkan rancangan untuk menubuhkan panel pakar untuk memperkasa Teknologi Operasi atau OT.

"Sistem-sistem OT, termasuk dalam sektor tenaga, air dan pengangkutan, adalah penting bagi menyediakan perkhidmatan asas dan menyokong ekonomi.

"Agensi Keselamatan Siber Singapura akan menubuhkan Panel Pakar Keselamatan Siber OT yang merangkumi pengamal terkemuka di dunia, untuk menasihatkan agensi-agensi pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan mengenai strategi untuk meningkatkan daya bingkas sistem-sistem OT," kata Encik Iswaran.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan