Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN perlu kukuh daya bingkas terhadap ancaman rentas sempadan, tegas PM Lee

Singapura kini menggunakan tema "daya bingkas" dan "inovasi" sebagai pengerusi ASEAN disebabkan pentingnya persatuan tersebut memperkukuhkan daya bingkas kolektif dalam menentang ancaman rentas sempadan yang semakin bertambah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loon hari ini (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN perlu kukuh daya bingkas terhadap ancaman rentas sempadan, tegas PM Lee
Diterbitkan : 27 Apr 2018 07:57PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 07:59PM

SINGAPURA: Singapura kini menggunakan tema "daya bingkas" dan "inovasi" sebagai pengerusi ASEAN disebabkan pentingnya persatuan tersebut memperkukuhkan daya bingkas kolektif dalam menentang ancaman rentas sempadan yang semakin bertambah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loon hari ini (27 Apr).

Menurutnya, ancaman-ancaman tersebut termasuk pengganasan, perubahan iklim dan keselamatan siber.

Juga penting bagi ASEAN untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi sebagai sumber pertumbuhan dan perkembangan supaya dapat memperbaiki mutu kehidupan warganya, tambah beliau.

Dalam ucapannya yang disampaikan di satu jamuan makan malam sempena Sidang Puncak ASEAN ke-32, beliau berkata Singapura berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN untuk menangani keprihatinan bersama.

"Kami tidak menjangka akan dapat menghuraikan kesemua isu-isu dalam tempoh setahun ini sebagai pengerusi tetapi kami berharap dapat mendorong perbincangan produktif dan mencapai kata sepakat bagi satu pendekatan keseluruhan seperti yang termaktub dalam pernyataan wawasan kami, untuk membawa ASEAN ke hadapan," kata PM Lee.

"Kami juga berharap untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif nyata yang boleh menyumbang kepada daya bingkas dan inovatif ASEAN".

Para pemimpin dari 10 negara ASEAN berada di Singapura minggu ini untuk menghadiri sidang berkenaan dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan. Sidang tersebut adalah pertemuan yang pertama bagi pemimpin-pemimpin ASEAN itu yang dihos di Singapura tahun ini.

Para pemimpin akan berbincang tentang keutamaan ASEAN serta cabaran dan peluang yang dihadapinya, dengan fokus kepada memperkukuhkan daya bingkas dan inovasi di ASEAN.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan