Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN perlu jangkakan kegiatan pengganas serantau bertambah, kata Dr Ng

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata, ASEAN mesti menjangkakan bertambahnya kegiatan pengganas di rantau itu, sedang tumpuan pengganasan kini beralih dari Timur Tengah dan militan asing kembali ke Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2019 09:48PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 09:52PM

BANGKOK: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata, ASEAN mesti menjangkakan bertambahnya kegiatan pengganas di rantau itu, sedang tumpuan pengganasan kini beralih dari Timur Tengah dan militan asing kembali ke Asia Tenggara.

Dr Ng berkata demikian selepas mesyuarat para Menteri Pertahanan ASEAN, (ADMM) di Bangkok, Thailand pada Khamis (11 Jul)

"Tidak kiralah bilangan orang yang menjadi radikal di setiap negara ASEAN termasuk Singapura, jumlahnya telah meningkat. Ini termasuk jumlah rangkaian yang perlu kita pantau, termasuk sembang di internet serta lain-lain wadah mengenai pengganas, golongan yang simpati kepada pengganasan serta kemungkinan, komplot-komplot," Dr Ng menekankan.

"Termasuk juga rangkaian-rangkaian yang dibentuk, sama ada dari segi pemilikan dan pemerolehan senjata bagi kegiatan pengganas, semua ini telah meningkat."

Dr Ng menggesa angkatan-angkatan tentera rantau ini bekerjasama lebih rapat dan meningkatkan keupayaan bukan sahaja dalam bidang perisikan tetapi juga operasi memerangi pengganasan di bandar.

Satu cara katanya bagi Singapura memberi sumbangan adalah dengan menawarkan bandar SAFTI yang akan siap dibina, untuk tentera-tentera ASEAN mengadakan latihan.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudah pun membuka sebuah lagi kemudahan latihan di Murai kepada Filipina dan mengalu-alukan negara-negara ASEAN yang lain untuk menggunakannya.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan