Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN mesti bersatu untuk capai pendirian bersama terhadap isu serantau, kata Dr Balakrishnan

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menggesa ASEAN supaya tetap bersatu untuk membuktikan pertubuhan itu boleh mencapai satu pendirian bersama mengenai isu-isu di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN mesti bersatu untuk capai pendirian bersama terhadap isu serantau, kata Dr Balakrishnan

(Gambar: Facebook/Vivian Balakrishnan)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 08:00PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 08:02PM

SINGAPURA: Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menggesa ASEAN supaya tetap bersatu untuk membuktikan pertubuhan itu boleh mencapai satu pendirian bersama mengenai isu-isu di rantau ini.

Dr Balakrishnan juga menjelaskan pendirian Singapura mengenai pemerintahan tentera Myanmar sekarang.

"Kami tidak mengiktiraf para pemimpin tentera Myanmar sebagai pemerintah Myanmar.

"Bagaimanapun kami akur bahawa di bawah Perlembagaan 2008, ia memberi peranan khas kepada tentera sebagai sebuah institusi dalam badan politik Myanmar," kata Dr Balakrishnan semasa mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri ehwal luar ASEAN pada Selasa (2 Mac).

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan