Images
  • trade
    (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

ASEAN+3 harus gandakan usaha pastikan daya tahan rantaian bekalan sejagat

SINGAPURA: Ekonomi-ekonomi serantau perlu menggandakan usaha untuk kekal sebagai sebahagian rantaian utama nilai sejagat.

Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah menyeru negara-negara rantau ini agar mengukuhkan keterhubungan dan melabur dalam prasarana bermutu seperti pelabuhan dan jalan raya.

Cik Indranee berkata demikian semasa satu webinar, yang membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh ASEAN+3. Ini termasuk transformasi rantaian nilai sejagat dan ketegangan teknologi.

Cik Indranee menambah, sikap saling bergantungan dan bukan bersendiri, akan meningkatkan kepelbagaian dan daya tahan rantaian bekalan.

Penyertaan ASEAN dalam perjanjian dagangan bebas serantau seperti Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (RCEP) kata Cik Indranee, juga akan membantu.

Beliau turut mengalu-alukan pemeteraian dan perlaksanaan awal RCEP.

ASEAN+3 terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN serta China, Jepun dan Korea Selatan. 

- CNA/AI/na

Top