Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AS ucap tahniah kepada S'pura sempena sambutan Hari Kebangsaan

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo pada Rabu (8 Ogos) mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada Singapura dan semoga negara ini mencapai keamanan, kejayaan dan kebahagian.

Anggaran Waktu Membaca:
AS ucap tahniah kepada S'pura sempena sambutan Hari Kebangsaan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2018 09:46PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 09:49PM

SINGAPURA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo pada Rabu (8 Ogos) mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada Singapura dan semoga negara ini mencapai keamanan, kejayaan dan kebahagian.

Dalam catatan di laman Facebook Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura, Encik Pompeo mengalu-alukan Singapura sebagai "rakan kerja jangka panjang" dan "rakan di rantau Indo-Pasifik".

"Selama lebih setengah abad, Amerika Syarikat dan Singapura menikmati hubungan ekonomi dan keselamatan yang erat berdasarkan kestabilan, kemakmuran dan pematuhan undang-undang yang dikongsi bersama," kata beliau.

Menarik perhatian kepada sidang puncak Amerika Syarikat-Korea Utara yang diadakan di Singapura pada 12 Jun tahun ini, Encik Pompeo berkata sokongan dan kepimpinan Singapura selaku tuan rumah kepada acara bersejarah itu melambangkan "komitmen terhadap nilai-nilai yang dikongsi bersama."

"Kami berharap dapat terus memperkukuhkan hubungan ini demi mencapai matlamat bersama dan bekerjasama berhubung cabaran serantau," tambah beliau.

"Tahniah atas ulang tahun anda yang ke-53 dan semoga tahun ini dipenuhi dengan keamanan, kejayaan dan kebahagiaan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan