Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ARS mampu kenal pasti kes yang perlu pengawasan: Masagos

Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mampu mengenal pasti kes-kes yang perlu pengawasan pihak berkuasa yang mana tindakan seterusnya boleh diambil secara serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2019 09:39PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 09:43PM

SINGAPURA: Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mampu mengenal pasti kes-kes yang perlu pengawasan pihak berkuasa yang mana tindakan seterusnya boleh diambil secara serta-merta.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli sebagai mengulas peranan ARS membantu mencegah pengganasan.

Beliau ditemui semasa satu latihan antipengganasan di stesen MRT Tampines West hari ini (27 Jan).

Encik Masagos merujuk contoh insiden baru-baru ini yang melibatkan guru agama bebas Murad Mohd Said yang dikenakan Perintah Sekatan.

"Kita harus menjalankan apa saja langkah bagi mengelak insiden itu berlaku supaya ajaran ekstrem dan menggalakkan pengganasan terus dikekang," tegas Encik Masagos.

"Saya gembira kerana ARS selama ini memberikan panduan kepada asatizah kita supaya mereka tahu apakah sebenarnya keperluan dan apa yang mereka perlu mengajar dan membimbing masyarakat kita," tambah beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan