Images
  • merlion
    (Gambar: Reuters)

Arca Merlion jalani kerja penyenggaraan: STB

SINGAPURA: Arca Merlion di Taman Merlion Park akan dipagar mulai Khamis (14 Okt) hingga Sabtu (16 Okt) bagi dibersihkan dan kerja-kerja penyenggaraan, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu (13 Okt).

Arca itu sebelum ini dibersihkan pada bulan lalu dari 6 September hingga 8 September bagi kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan semalaman.

Menurut STB, semasa tempoh kerja-kerja penyenggaraan itu, arca tersebut tidak dibuka kepada orang ramai untuk mengambil gambar.

"Kami mohon pemahaman orang ramai kerana hadangan dan kerja-kerja yang dijalankan mungkin menyebabkan sedikit gangguan semasa tempoh ini," tambah STB.

Arca Merlion dibentuk oleh tukang batu setempat Lim Nang Seng dan dilancarkan pada 15 September 1972 oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew di muara Sungai Singapura.

Namun, apabila Jambatan Esplanade siap dibina pada 1997, ia tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari tepi sungai itu.

Merlion kemudian dipindahkan ke kawasan Merlion Park pada 2002, di hadapan Hotel Fullerton, memandang ke arah Marina Bay.

- CNA/HA/ha

Top