Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arca di Sembawang memperingati ucapan bersejarah mendiang Lee Kuan Yew

Sebuah arca didedahkan di Sembawang hari ini (16 Feb) bagi memperingati ucapan bersejarah Perdana Menteri pertama, mendiang Lee Kuan Yew pada 1965.

Anggaran Waktu Membaca:
Arca di Sembawang memperingati ucapan bersejarah mendiang Lee Kuan Yew

(Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 08:48PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 09:01PM

SINGAPURA: Sebuah arca didedahkan di Sembawang hari ini (16 Feb) bagi memperingati ucapan bersejarah Perdana Menteri pertama, mendiang Lee Kuan Yew pada 1965.

Arca itu diletakkan di tempat Encik Lee membentangkan visinya untuk Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan metropolis yang berkembang pesat.

Keadaan arca dua orang itu melambangkan kenangan masa lampau dan melihat ke masa hadapan.

Direka oleh sekumpulan pelajar pengajian tinggi, ia mengandungi perkataan "Never Fear" atau "Jangan Takut" yang merupakan intipati ucapan mendiang Encik Lee itu.

Anggota Parlimen kawasan itu, Ong Ye Kung berkata beliau berharap arca tersebut akan mengingatkan generasi-generasi negara ini seterusnya tentang visi mendiang Encik Lee. 

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan