Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arab Saudi larang lawatan ke Jabal Thur, Jabal Noor semasa umrah

Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi melarang semua kegiatan lawatan ke beberapa tempat semasa menunaikan umrah, berkuat kuasa serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi melarang semua kegiatan lawatan ke beberapa tempat semasa menunaikan umrah, berkuat kuasa serta-merta.

Larangan itu diumumkan melalui surat yang diterima beberapa agensi rombongan, termasuk agensi-agensi Singapura.

BERITAMediacorp mendapat salinan surat yang ditandatangi oleh Abdul Aziz Abdul Rahim, wakil Kementerian tersebut.

Ia sudah diterima agensi-agensi seperti Shahidah Travel & Tours Pte Ltd dan Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd.

Tempat-tempat yang dimaksudkan adalah Bani Saad, Masjid Kuu' dan Masjid Ibn Abbas di bandar Taif dan Jabal Thur dan Jabal Noor, termasuk Gua Hiraa di Makkah.

Surat itu menyatakan langkah berkenaan diambil setelah ia mendapati terdapat pengunjung yang melakukan perkara yang dianggap "syirik dan tahayul" di tempat-tempat tersebut.

Menurutnya lagi, berlaku juga insiden di mana para pengunjung cedera semasa memanjat bukit dan ada kalanya membawa maut.

Surat itu menambah memandangkan lawatan-lawatan itu tidak wajib, ia meminta pihak agensi untuk tidak memasukkannya dalam rancangan perjalanan para jemaah.

Mereka yang didapati melanggar perintah tersebut akan dikenakan denda oleh Kementerian Umrah dan Haji Saudi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan